ASSALAMUALAIKUM...

Friday 27 May 2011

Kapal Kargo Malaysia Lepasi Sekatan Israel

Walaupun cuba disekat tentera Israel, kapal kargo Malaysia yang membawa misi bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza berjaya melepasi kawalan ketat rejim zionis bagi memasuki perairan Palestin hari ini.

Kapal itu belayar dari Pelabuhan Piraeus di Greece Rabu lepas, melepasi perairan antarabangsa serta memasuki perairan Palestin, yang dikawal tentera Mesir dan Israel bagi menjaga sempadan masing-masing.

Sebelum itu, Kapal 'MV Finch' milik Malaysia itu dihalang dua bot tentera laut Israel, yang melepaskan tembakan amaran di perairan berhampiran Rafah, awal pagi Isnin waktu Malaysia.

Bagaimanapun, keadaan terkawal setelah pasukan tentera Mesir memberi amaran kepada pihak Israel yang melepaskan tembakan bahawa mereka telah menceroboh perairan Palestin.

"Anda sedang memasuki perairan Palestin, anda mencabar kami," demikian menurut transkrip radio amaran yang diberikan tentera Mesir kepada pihak Israel.

Misi berkenaan hampir berjaya dan mampu mencatat nama sebagai satu-satunya kapal kargo yang berjaya memasuki Gaza sejak Israel mula menyerang sebarang bantuan yang ingin dibawa masuk, baik melalui darat mahupun lautan.

Kapal itu membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza.

Seorang pegawai tentera Mesir pula terkejut kerana misi itu melalui perairan Palestin yang disifatkan mereka sebagai lebih berbahaya berbanding laluan darat.

Namun demikian, pegawai lelaki berpangkat Leftenan itu menyifatkan misi berkenaan sebagai sangat murni, tetapi perlu mematuhi undang-undang.

"Ketika anak buah saya memberitahu ada kapal kargo berada di perairan di zon keselamatan, saya langsung tak percaya sebab laluan ini hanya untuk nelayan dan belum pernah ada kapal kargo atau kapal besar di sini," katanya ketika memeriksa kapal itu.

Seramai 12 orang terbabit dalam misi bantuan itu termasuk tujuh rakyat Malaysia, yang lain terdiri daripada dua anak kapal warga India, tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland dan Julie Levesque dari Kanada.

Al-Quran Sebagai Sumber Inspirasi



Gerakan ini menggunakan penemuan-penemuan sains moden dan memadankannya dengan ayat-ayat Al-Quran yang difikirkan boleh diterima akal. Di antaranya ialah penemuan sains berkenaan bumi ini bulat dan memadankannya dengan ayat ke-19 Surah Al-Hijr atau memadankan Surah Ar-Rum ayat ke-48 dengan pemahaman sains berkenaan kitaran hujan.
Terkini, apabila teori letupan agung (Bing Bang) oleh Edwin Hubble mulai diterima oleh masyarakat sains kontemporari menggantikan teori steady-state oleh Fred Hoyle, pada masa yang sama dikeluarkan juga dalil daripada Al-Quran (ayat ke-30, Surah Al-Anbiya) yang telah lama menyokong penemuan saintifik ini.
Para pengusul dalil ini membuat tafsiran berdasarkan dua kata dasar bahasa Arab dalam ayat tersebut, 'ratq' bermaksud 'bercantum' dan fataq yang bermaksud 'memisahkan atau membelahkan'.
Dengan erti kata lain, Islam itu sendiri sudah lama membuktikan teori gelombang agung kerana ianya sudah dinyatakan didalam ayat Al-Quran yang berumur lebih daripada 1400 tahun.
Cara pemikiran ini dirancakkan lagi di dalam buku-buku karya Harun Yahya dari Turki.
Pembaharuan berfikir secara saintifik di dalam membuktikan kebenaran Islam sebenarnya adalah satu trend yang sihat sebagai satu lagi wadah dakwah yang mencerminkan budaya umat Islam berfikir sudah berubah. Sebagai contoh nilai bantu wadah dakwah ini, apabila bukti saintifik yang menunjukkan satu rekahan yang begitu panjang di permukaan bulan sepadan dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang telah membelah bulan apabila dipinta oleh orang-orang Quraisy telah membuatkan manusia barat berbondong-bondong menjadi 'saudara baru' memeluk Islam.

Saturday 26 February 2011

--ADAB-ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT DAN JENAZAH--

SEBENARNYA ZIARAH-MENZIARAHI DIGALAKKAN BUKAN SEKADAR PADA MASA SAKIT SAHAJA BAHKAN MELENGKAPI SEMUA KEADAAN,BAIK SEMASA SIHAT MAHUPUN BERDUKACITA,SAMAADA TERHADAP SAHABAT HANDAI,SAUDARA-MARA, KAUM KELUARGA DAN JIRAN TETANGGA.AMALAN SEUMPAMA INI AKAN MENDAPAT GANJARAN YANG SANGAT BESAR,SEBAGAIMANA SABDA RASULULLAH SAW DALAM RIWAYAT OLEH IMAM AL-TARMIZI YANG BERMAKSUD;
'SESIAPA YANG MENZIARAHI ORANG SAKIT,ATAU ZIARAH SAUDARANYA KERANA ALLAH,MAKA TERDENGARLAH SUARA YANG MEMANGGIL DAN MENGATAKAN BAGUS DAN BAGUS LANGKAHMU,DAN AMBILLAH TEMPAT TINGGALMU DI DALAM SYURGA'
SEBAGAIMANA IBADAH-IBADAH LAIN YANG MEMPUNYAI SYARAT,RUKUN DAN ADAB,MAKA MENZIARAHI ORANG SAKIT JUGA MEMPUNYAI ADAB YANG TERSENDIRI UNTUK DIIKUTI,AGAR ZIARAH ITU MENGIKUT SYARIAT ISLAM.
ANTARA ADAB-ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT;
  1. JANGAN DUDUK TERLALU LAMA DI SISINYA KERANA DUDUK TERLALU LAMA ITU BOLEH MEMBAWA KEPADA JEMU SI PESAKIT ITU.
  2. ZAHIRKAN SIMPATI KEPADANYA SEOLAH-OLAH KITA JUGA BERASA SAKIT SEBAGAIMANA IA MERASAKANNYA
  3. DOAKAN UNTUKNYA SEPERTI 'YA ALLAH,SIHATKANLAH SAHABATKU INI' ATAU DIKATAKAN BAGINYA,'SEMOGA ALLAH MENYEMBUHKAN SAUDARA DENGAN SEGERA.'
  4. NASIHATKAN PESAKIT SUPAYA BERSABAR KERANA DENGAN SAKIT ITU MENDAPAT PAHALA YANG BANYAK DAN INI SEBAGAI DUGAAN SEMATA-MATA. 

Friday 25 February 2011

SAYYIDINA UMAR AL-KHATTAB MENGAMUK

--UMAR MAHU MEMOTONG KAKI & TANGAN ORG YG BERKATA NABI WAFAT--

   Berita wafatnya Nabi Muhammad SAW telah terdengar kepada Sayyidina Umar bin Al-Khattab.
Beliau yg ketika itu berumur 50 tahun terus bergegas ke Masjid Nabi.Dikatakan dialah sahabat terkemuka yg pertama sekali masuk ke Masjid Nabi utk pergi melihat jenazah Nabi yg dikatakan telah wafat itu.
   Setelah masuk ke dalam masjid,Sayyidina Umar terus masuk ke dalam bilik Siti 'Aisyah dan membuka penutup wajah Nabi Muhammad.Bagi beliau,Nabi Muhammad masih belum wafat. Baginda hanya pengsan dan pergi menghadap Tuhan seperti peristiwa Nabi Musa menghadap Allah di atas bukit Thursina selama empat puluh hari untuk bercakap-cakap dan menerima kitab Taurat. Tetapi kaumnya yang munafik mengatakan Nabi Musa telah mati,bidas Umar lagi.
    Setelah itu Sayyidina Umar kemudiannya keluar ke tempat orang ramai yg mulai memenuhi ruang Masjid Nabi.Beliau mengancam para sahabat kalau ada yg berani bercakap mengatakan Nabi Muhammad telah wafat,orang itu akan dihukum dengan seberat-berat hukuman.
    Melihat Sayyidina Umar bin AL-Khattab seperti sudah kehilangan akalitu kerana tidak percaya Nabi sudah wafat,maka Al-Mughirah yg ada disitu cuba melaran Sayyidina Umar daripada menafikan Nabi sudah wafat.Dia cuba meyakinkan Sayyidina Umar bahawa Nabi benar-benar sudah wafat.
    Sayyidina Umar bin Al-Khattab berpaling kepada al-Mughirah bin Syu'bah dan menengkingnya;
    Engkau juga bohong!
    Mendengar ketegasan Sayyidina Umar yg begitu bersungguh-sungguh mengatakan bahawa Nabi masih belum wafat telah menyebabkan kaum Muslimin seluruhnya menjadi bingung.Mereka yg telah yakin Nabi telah wafat menjadi ragu-ragu kalau Nabi masih belum wafat seperti yg didakwakan oleh Sayyidina Umar bin Al-Khattab bukan sebarangan org dalam membuat satu kenyataan.Bukan mustahil Nabi masih belum wafat sebab baginda bukan manusia biasa dan lebih agon drpd nabi Musa as.